Kor Marines Amerika Syarikat mengeluarkan satu kenyataan bahawa sebuah pesawat pejuang F-35B Lightning telah terhempas di luar Stesen Penerbangan Laut Marin di Beaufort, South Carolina pada hari Jumaat.
Juruterbang berjaya melepaskan diri dan sedang dinilai tahap kesihatannya walaupun tidak mengalami kecederaan. Punca kemalangan sedang disiasat.
Kor Marines menyifatkan kemalangan itu sebagai kejadian Kelas A kerana melibatkan pesawat militari paling mahal di Amerika. Pesawat F-35B ini bernilai kira-kira $ 100 juta. F-35 adalah program senjata terbesar dan paling mahal jenisnya di dunia.
Kor Marines Amerika Syarikat telah menjalankan operasi pertamanya menggunakan F-35B terhadap sasaran Taliban di Afghanistan pada hari Khamis dan mendakwa mencapai kejayaan besar.
Presiden AS Trump telah berulang kali memuji kehebatan pesawat F-35 dengan mengatakan bahawa musuh "tidak dapat melihatnya" kerana berupaya mengelak daripada dikesan radar.
0 comments:
Post a Comment