Britain Pamer Jet Pejuang Terbaru


Views:
BY
0 COMMENTS
Tentera Britain telah mempertontonkan rakaman pelancaran jet pejuang supersonik F-35B Lightning dari dek kapal perang HMS Queen Elizabeth.



Rakaman menunjukkan  pesawat F-35B Lightning yang bernilai £ 100 juta berlepas dari dek kapal pengangkut pesawat yang panjangnya  932 kaki.


Jet pejuang supersonik F-35B Lightning boleh bergerak pada kelajuan sehingga 1200mph atau Mach 1.6.

Kipas angkat yang unik di belakang cockpit juruterbang membolehkan udara disedut melalui pesawat untuk memberi daya angkat yang diperlukan untuk mendarat secara menegak dan semasa berlepas.

Semua senjata pesawat   dibawa secara dalaman untuk mengurangkan rintangan udara. Pesawat ini dikatakan "begitu tersembunyi" iaitu hampir tidak dapat dikesan oleh radar.

Panglima Tentera Laut Diraja Britain menjadi orang pertama yang mendaratkan jet F35 di atas kapal HMS Queen Elizabeth.

Panglima Tentera Laut yang berusia 41 tahun itu menyatakan rasa bangganya dan beranggapan dunia sepatutnya berfikir dua kali sebelum 'menghadapi' Britain.

0 comments:

Post a Comment


Blog ini ditulis oleh Unknown

Ruang untuk berkongsi peristiwa dan mempamer karya.


About Me