Okay, aku kongsikan kaedah membina blog.
Syarat wajib untuk membina blog adalah memiliki Gmail. Tanpa Gmail agak sukar untuk membina blog. Gmail dan Blogger saling berkolaborasi di bawah naungan Google.
Jom mula !
Aku taip perkataan blogger dot com pada pelayar dan klik Sign In.
Log masuk menggunakan Gmail. Anda mungkin akan dipaksa untuk mengisi maklumat diri pada Google+. Patuhi arahan Google. Apabila selesai urusan Google+, anda akan di bawa ke sini.
Aku isi bahagian Address dahulu. Aku guna nama sendiri pada url. Pastikan perkataan 'This blog address ia available' terpapar. Perkataan tersebut membawa maksud url tersebut boleh digunakan.
Aku tulis nama blog pada Title.
Aku pilih Theme yang aku suka.
Aku klik 'Create blog!'
Di bawah ini adalah paparan sebenar blog ini. Aku akan mengubah paparan ini nanti.
Apabila selesai, aku menjumpai paparan ini. Kawasan yang amat penting untuk blogger.
Aku akan melakukan tetapan (settings) pada blog.
Aku klik bahagian Basic. Aku isi bahagian Description.
Aku tulis huraian ringkas untuk blog aku.
Apabila selesai, aku klik 'Save changes'.
Kemudian aku pilih bahasa yang aku inginkan pada bahagian Language.
Seterusnya aku lakukan tetapan Time Zone. Aku pilih Kuala Lumpur.
Langkah seterusnya aku lakukan tetapan pada 'Search Preference's. aku klik 'Meta tag's > 'Description' . Aku klik 'Yes'. Aku biarkan kosong lalu aku klik 'Save changes'.
Aku perlu melakukan Custom robots header tags. aku klik 'Yes' lalu keluarlah paparan ini.
Aku lakukan setting sebegini.
Aku save semua kerja aku. Settle dah.
0 comments:
Post a Comment