Pengambilan Perajurit Muda TLDM Siri 219/19


Views:
BY
0 COMMENTS
Pengambilan Perajurit Muda TLDM Siri 219/19

Kelayakan Akademik

a. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) - Kepujian dalam Bahasa Melayu. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang memiliki kepujian:
(1) Bahasa Inggeris
(2) Matematik
(3) Sains

b. Sijil Vokasional Malaysia (SVM) - Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

c. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 atau Tahap 3 dalam bidang berkenaan - Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (SPM/SVM).


Syarat-syarat Kelayakan Umum

a. Warganegara Malaysia.

b. Umur - 18 hingga tidak melebihi 25 tahun. Keutamaan kepada pemohon yang berumur 18 - 23
tahun pada tarikh 29 Apr 2019.

c. Taraf perkahwinan - Bujang.

d. Penglihatan - Jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap serta tidak rabun warna.

e. Taraf kesihatan - sihat, tidak cacat anggota, tidak pernah mengalami kecederaan seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.

f. Syarat minimum ukuran fizikal:


g. Pemohon yang memiliki Sijil Kokurikulum PKBM, Sijil PLKN, kecermelangan dalam bidang sukan dan berkebolehan berenang  akan diberi keutamaan. Pemohon yang mempunyai rekod jenayah dan sedang menjalani perbicaraan di mahkamah tidak akan dipertimbangkan.


Sijil Akademik & Dokumen

a. Pemohon dikehendaki membawa bersama sijil dan dokumen yang ASAL seperti berikut:
(1) Kad Pengenalan (MY KAD) beserta 1 salinan.
(2) Sijil kelahiran pemohon.
(3) Salinan Kad Pengenalan (MY KAD) ibu dan bapa beserta 1 salinan.
(4) Penyata Sijil SPM/SVM/SKM beserta 1 salinan.
(5) Sijil berhenti sekolah.

b. Pemohon diwajibkan membawa sampul Pos Ekspress.

c. Pemohon wajib mempunyai alamat email persendirian (gmail/hotmail/yahoo dan lain-lain).


Pusat Pemilihan

a. Waktu Pendaftaran: 8.00 – 9.00 pagi.

b. Pakaian semasa temuduga: Pakaian sukan dan berkasut.


Markas Tentera Laut,
Cawangan Perkhidmatan Sumber manusia - Bantuan
Wisma Pertahanan,
Jalan Padang Tembak,
50634 KUALA LUMPUR

 Email : pengambilantldm@navy.mil.my 

Tel: 20713303 / 3177



0 comments:

Post a Comment


Blog ini ditulis oleh Unknown

Ruang untuk berkongsi peristiwa dan mempamer karya.


About Me